RESIPI POPIA INTI KENTANG
sumber : Chef Hanieliza@myresipi.com
Bahan-Bahan :
3 biji kentang ~ didadu kecil
12 ekor udang ~ buang kulit & potong kecil
1 batang lobak merah ~ potong kecil & panjang
1 peket kulit popia saiz besar
1 pokok daun bawang ~ potong pendek
2 biji cili merah ~ dihiris
1 sudu makan tepung gandum ~ bancuh dengan sedikit air, sebagai gam
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Sos cili secukupnya
Cara-Cara :
1. Rebus kentang dengan sedikit air dan garam di dalam kuali sehingga empuk dan kering air.
2. Masukkan lobak merah, udang, cili merah dan sedikit garam. Masak sebentar kemudian sejukkan.
3. Buka kulit popia dan asingkan satu per satu. Tutupkan kulit popia dengan kain.
4. Bentangkan kulit popia dan letakkan bahan yang dimasak tadi ditengah-tengah secukupnya.
5. Lipatkan bahagian kiri dan kanan kulit popia.
6. Gamkan hujung kulit popia dengan bancuhan tepung gandum dan air. Gulungkan kemas-kemas.
7. Gorengkan sehingga garing di dalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak.
8. Hidangkan bersama Sos Cili.
SIAP!!!
DALGONA COFFEE VIRAL (berasal dari Korea Selatan)
buat lagi atas permintaan anak. Sangat enak.
No comments:
Post a Comment