RESIPI AYAM KAM HEONG
sumber : TeratakMutiraraKasih@LiNaPg...
Bahan Untuk Perapan Ayam :
4 ketul paha ayam potong 2 (dapat 8 pieces) (saya guna 1/4 ekor ayam dipotong kecil)
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh minyak bijan
Cara-Cara :
Satukan semua bahan, perap ayam dalam peti sejuk selama 30 minit.
Kemudian goreng sehingga masak. Ketepikan.
Bahan Sos Kam Heong :
100 gm udang kering (rendam dulu 10 minit & tos) ~ tumbuk
2 ulas bawang putih *
8 biji bawang merah * ( * tumbuka kasar )
1 labu bawang besar ~ cincang
1/2 mangkuk daun kari (me : guna 2-3 tangkai)
6 biji cili padi
3 sudu besar minyak masak
1 biji cili merah ~ hiris
1 biji cili hijau ~ hiris
5 helai daun limau purut ~ carik-carik buang tulang di bahagian tengah daun
Bahan Perencah :
2 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh kicap pekat
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak, tumiskan daun kari dan bawang besar cincang sehingga wangi dan bawang besar sedikit layu.
2. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan semua bahan perencah, kacau sehingga bau semerbak. (masukkan sedikit air supaya lebih berkuah).
3. Masukkan cili padi, hirisan cili merah dan hijau, daun limau purut. Kacau sebati.
4. Masukkan gorengan ayam tadi. Kacau sebati. Sesuaikan rasa.
SIAP !!!
No comments:
Post a Comment