KEK PISANG

Monday, August 4, 2014

TAT TELUR








TAT TELUR
oleh  :  zaralovebaking



Bahan Kulit :

170  gm   marjerin
  50  gm   gula icing 
    1  biji   telur gred B
 1/2  tsp   esen vanilla
270  gm   tepung gandum


Cara-cara :

1.   Pukul marjerin dan gula icing dengan senduk kayu sekejap sahaja.

2.   Masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi dengan senduk kayu sehingga sebati.

3.   Masukkan tepung sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut.  (Tidak perlu dihabiskan tepung).

4.   Simpan 30 minit di dalam peti sejuk sebelum ditekankan ke dalam acuan tat.  (Tak simpan di peti sejuk pun ok).  Cucuk-cucuk dasar tat sebelum dibakar.

5.   Bakar pada suhu 170'C selama 25 minit.  Keluarkan tat dari acuan, sejukkan dulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.  Kulit tat ini boleh digunakan bila perlu.


Bahan Filling Telur :

   4  biji   telur gred A/B
3/4  cawan   gula kastor
   1  cawan   susu cair
   1  cawan   air suam
   1  sudu teh   esen vanilla
   1  sudu besar   tepung kastad
Sedikit pewarna kuning  (optional)


Cara-cara :

1.   Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk.
2.   Kacaukan sebati dan ditapiskan.
3.   Tuangkan filling telur ini ke dalam bahan kulit.  Jangan terlebih filling telur nanti melimpah ketika dibakar.
4.   Bakar pada suhu 170'C selama 18-20 minit.

No comments:

Post a Comment