KEK PISANG

Sunday, September 25, 2016








BROWNIES KOPI
sumber  :    Fiza's Cooking...





Bahan-Bahan :

200  gm  coklat masakan
175  gm  mentega
100  gm  tepung gandum
    2  sudu besar  serbuk nescafe  -  larutkan dengan 3 sudu besar air panas
    1  sudu teh  esen vanilla
 1/2  sudu teh  baking powder
150  gm  gula kastor
    3  biji  telur gred A
Hirisan badam secukupnya untuk hiasan


Cara-Cara :

1.  Cairkan coklat masakan dan mentega dengan cara double boiler.  Ketepikan dan sejukkan seketika.

2.  Panaskan oven pada suhu 170'C dan sediakan loyang bersaiz 7 inci x 7 inci.  Sapu mentega dan lapik dengan kertas minyak.

3.  Ayak tepung gandum dengan baking powder, ketepikan seketika.  Di dalam mangkuk pengadun, pukul gula dan telur sampai rata dengan whisk (tidak perlu terlampau kembang).

4.  Masukkan coklat beserta mentega yang telah dicairkan dan nescafe.  Kacau rata.

5.  Seterusnya masukkan tepung gandum dan baking powder sambil dikacau sebati.  Tuangkan adunan ke dalam loyang dan taburkan hirisan badam di atas adunan.

6.  Bakar lebih kurang 45 minit atau hingga masak sepenuhnya.

1 comment:

  1. Wah..sy pun mmg suka buat brownies macam ni.. Yummy

    ReplyDelete