Wednesday, December 19, 2012
Gulai Ketam
KETAM MASAK LEMAK CILI PADI
oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
4 ekor ketam (cuci bersih dan kerat ikut suka & toskan)
1/2 kg santan (dari 2 biji kelapa)
2 gelas air
2 batang serai (ketuk)
3 helai daun salam
sedikit garam
Bahan kisar :
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
15 biji cili pada (ikut kepedasan)
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
Cara penyediaan :
1. Ketam dibersihkan dan dipotong dua.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
3. Tumiskan bahan kisar hingga wangi. Masukkan daun salam dan serai. Masak lagi hingga wangi.
4. Tuangkan air dan santan ke dalam periuk. Biarkan mendidih.
5. Masukkan ketam dan jerangkan di atas api sederhana sambil sentiasa dikacau agar santan tidak pecah.
6. Tambahkan garam dan kacau lagi. Biar mendidih lagi.
7. Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Labels:
Ketam
Hawthorn Steamed Cake
KEK KUKUS ASAM MANIS
Rujukan : Buku Resepi 'Jamuan Kek' - Chef Zubaidah
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur (B)
1 tsp esen vanilla
100 gm kepingan asam manis (dipotong halus)
sedikit pewarna hijau (saya tambah)
Loyang : 9 inci, gris dan alas dengan kertas minyak
Cara membuat :
1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang dan sebati.
2. Masukkan telur satu persatu diikuti esen vanilla. Gaulkan hingga rata.
3. Akhir sekali, masukkan tepung naik sendiri, sedikit pewarna hijau (jika suka) dan kepingan asam manis.
4. Gaulkan hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang berukuran 9 inci.
5. Tutup adunan dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam dengan api besar.
Labels:
Kek
Tuesday, December 18, 2012
Kek yang enak.
resepi dari buku ini
KEK MENTEGA PELANGI/RAINBOW BUTTER CAKE
rujukan : buku - Chef Zubaidah
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
250 gm mentega
180 gm gula kastor
200 gm tepung naik sendiri
1 tsp esen vanilla
50 gm susu cair
4 biji telur (B)
beberapa titik pewarna pilihan
Caranya :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.
2. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan esen vanilla.
3. Akhir sekali, masukkan tepung naik sendiri dan susu cair.
4. Bahagikan kepada 3 adunan dan warnakan setiap adunan dengan pewarna pilihan.
5. Tuangkan adunan yang berwarna ke dalam acuan yang berukuran 8 inci secara berselang-seli hingga habis. Hasilkan efek marmar.
6. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu : 150'C selama 45 minit/hingga masak.
Labels:
Kek
Wednesday, December 12, 2012
Seronok pula membuat chiffon cake sebab gebu dan sedap.
DURIAN CHIFFON CAKE
DURIAN CHIFFON CAKE
source from : book on 'Chiffon Cake' by Kevin Chai
tried by : zaralovebaking.blogspot.com
Egg yolk batter :
6 egg yolks
150 ml coconut milk
4 tbsp cooking oil
1/4 tsp salt
150 gm durian puree
1/4 tsp durian essence
50 gm caster sugar
140 gm plain flour
Egg white foam :
6 egg whites
1/4 tsp cream of tartar
100 gm caster sugar
Mould : 9-in (22cm) tube pan, ungreased
Method :
1. To make egg yolk batter : combine egg yolks, coconut milk, cooking oil, salt, durian puree, durian essence and sugar in a mixing bowl. Fold in flour until forms batter.
2. To make egg white foam : beat egg whites and cream of tartar until mixture forms soft peaks. Gradually add in sugar, beating at high speed until frothy and stiff peaks form.
3. Gently fold beaten egg white foam into egg yolk batter until blended using spatula and fold gently. Do not over mix.
4. Pour batter into ungreased 9-in (22cm) tube pan. Bake in preheated oven at 170'C for 30-40 minutes or until cooked.
5. Remove from oven, invert cake onto wire rack until completely cooled.
Labels:
Chiffon cake
Kek Keju
KEK KEJU OREO
Salam buat teman-teman semua! Hari ini saya mencuba resipi Kek Keju Oreo dari Majalah SAJI Mei 2012. Resipi ini kepunyaan Azlita Aziz dari blog 'FromIntanKitchen'. Kek ini sedap sangat untuk dicuba. Terima kasih diucapkan pada tuanpunya resipi kerana sudi berkongsi ilmu. May Allah s.w.t. bless you and your family.
KEK KEJU OREO
sumber rujukan : Majalah SAJI Mei 2012
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 keping kek span coklat (saiz 8 inci - resipi dibawah)
250 gm cream cheese (pada suhu bilik)
100 gm coklat masakan putih - cairkan secara double boiler
15 gm serbuk gelatin - larutkan dalam air hingga kembang
1 paket biskut oreo
80 gm gula kastor
250 gm krim putar
50 ml air
1 tsp esen vanilla
Loyang : 8" spring form bulat
Cara menyediakan :
1. Mula-mula panaskan gelatin bersama air secara double boiler hingga larut. Kemudian pukul cream cheese dan gula kastor hingga lembut dan berkrim.
2. Tuangkan coklat putih ke dalam adunn cream cheese diikuti pula dengan gelatin dan kacau hingga sebati. Tambahkan sedikit esen vanilla dan kacau adunan hingga sebati dan sempurna.
3. Dalam bekas lain, pukul krim putar hingga gebu dan kental. Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan cheese tadi. Kaupbalik adunan hingga rata.
4. Tambahkan baki krim putar yang selebihnya dan kaupbalik hingga bergaul sempurna. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
5. Sediakan loyang/spring form bulat berukuran 8". Masukkan sekeping kek span coklat di dasarnya.
6. Paipkan satu lapis adunan tadi di atas kek span. Kemudian susunkan kepingan biskut oreo.
7. Ulang semula secara berselang-seli hingga adunan habis. Ratakan permukaannya. Simpan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam. Akhir sekali hias kek mengikut kreativi.
KEK SPAN COKLAT
oleh : Chef Amer dari Majalah SAJI April 2012
rujukan : FromIntanKitchen (Azlita Aziz)
5 biji telur
125 gm gula kastor
1 tsp esen vanilla
15 gm ovalet
40 ml air
100 gm tepung gandum )
20 gm serbuk koko ) diayak bersama
1 tsp baking powder )
70 gm mentega - dicairkan
Cara menyediakan :
Panaskan ketuhar pada suhu : 170'C selama 10 minit. Sediakan loyang 8 inci bulat. Sapu loyang dengan sedikit mentega dan alaskan dasar loyang dengan kertas minyak. Ketepikan.
Campurkan gula, telur, ovalet, esen vanilla, air, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam mangkuk besar. Putar hingga kembang dan ringan. Masukkan mentega cair dan kaupbalik dengan spatula hingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 35 minit.
Sejukkan kek dan potong kepada 3 lapisan.
Nota : adunan ini boleh dibuat 1/2 adunan sahaja. kalau buat 1/2 adunan, guna telur gred B sebanyak 3 biji. (saya buat 1/2 adunan, sedang elok saja)
Labels:
Cheesecake
Subscribe to:
Posts (Atom)