KEK PISANG

Wednesday, December 12, 2012

Kek Keju

 KEK KEJU OREO


Salam buat teman-teman semua!  Hari ini saya mencuba resipi Kek Keju Oreo dari Majalah SAJI Mei 2012.  Resipi ini kepunyaan Azlita Aziz dari blog 'FromIntanKitchen'.  Kek ini sedap sangat untuk dicuba.  Terima kasih diucapkan pada tuanpunya resipi kerana sudi berkongsi ilmu.  May Allah s.w.t. bless you and your family. 






KEK KEJU OREO


sumber rujukan  :  Majalah SAJI Mei 2012
dicuba oleh   :       zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

    1   keping   kek span coklat (saiz 8 inci - resipi dibawah)
250   gm        cream cheese  (pada suhu bilik)
100   gm        coklat masakan putih  -  cairkan secara double boiler
  15   gm        serbuk gelatin  -  larutkan dalam air hingga kembang
    1   paket    biskut oreo
  80   gm        gula kastor
250   gm        krim putar
  50   ml         air
    1   tsp        esen vanilla

Loyang :  8" spring form bulat


Cara menyediakan :

1.   Mula-mula panaskan gelatin bersama air  secara double boiler hingga larut.  Kemudian pukul cream cheese dan gula kastor hingga lembut dan berkrim.

2.   Tuangkan coklat putih ke dalam adunn cream cheese diikuti pula dengan gelatin dan kacau hingga sebati.  Tambahkan sedikit esen vanilla dan kacau adunan hingga sebati dan sempurna.

3.   Dalam bekas lain, pukul krim putar hingga gebu dan kental.  Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan cheese tadi.  Kaupbalik adunan hingga rata.

4.   Tambahkan baki krim putar yang selebihnya dan kaupbalik hingga bergaul sempurna.  Masukkan adunan ke dalam piping bag.

5.   Sediakan loyang/spring form bulat berukuran 8".  Masukkan sekeping kek span coklat di dasarnya.

6.   Paipkan satu lapis adunan tadi di atas kek span.  Kemudian susunkan kepingan biskut oreo.

7.   Ulang semula secara berselang-seli hingga adunan habis.  Ratakan permukaannya.  Simpan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam.  Akhir sekali hias kek mengikut kreativi.



KEK SPAN COKLAT

oleh  :      Chef Amer  dari  Majalah SAJI April 2012
rujukan :   FromIntanKitchen (Azlita Aziz)


    5   biji   telur
125   gm   gula kastor
    1   tsp   esen vanilla
 15    gm   ovalet
 40    ml    air
100   gm   tepung gandum      )
  20   gm   serbuk koko         )  diayak bersama
    1   tsp   baking powder     )
  70   gm   mentega  -  dicairkan


Cara menyediakan :

     Panaskan ketuhar pada suhu : 170'C selama 10 minit.  Sediakan loyang 8 inci bulat.  Sapu loyang dengan sedikit mentega dan alaskan dasar loyang dengan kertas minyak.  Ketepikan.
     Campurkan gula, telur, ovalet, esen vanilla, air, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam mangkuk besar.  Putar hingga kembang dan ringan.  Masukkan mentega cair dan kaupbalik dengan spatula hingga sebati.  Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 35 minit.
     Sejukkan kek dan potong kepada 3 lapisan.

Nota :   adunan ini boleh dibuat 1/2 adunan sahaja.  kalau buat 1/2 adunan, guna telur gred B sebanyak 3 biji.  (saya buat 1/2 adunan, sedang elok saja)

No comments:

Post a Comment