Kulit bahagian atas terkoyak sedikit, walau macamana ianya sangat sedap.
RAINBOW STEAMED CAKE
sumber resipi : CTdelima, tqvm untuk resipi ini.
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
6 biji telur (B)
2 biji kuning telur
250 gm gula kastor
1/2 tsp esen vanilla
1/2 tsp garam
1 tsp ovalet
175 ml santan kotak (KARA)
200 gm tepung superfine
Pewarna : ungu, biru, hijau, kuning, oren & merah
Loyang : 6" x 6" square (tinggi), lain kali nak guna : 7 inci pula
Cara membuat :
1. Pukul telur, kuning telur, gula kastor, garam, ovalet dan esen vanilla hingga kembang dan gebu, anggaran 5-6 minit. Kemudian masukkan tepung sambil diayak sedikit demi sedikit dan kacau hingga rata.
2. Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dan sebati.
3. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan. Setiap bahagian anggaran : 130 gm.
4. Tuangkan adunan ungu dan kukus selama 10 minit, diikuti dengan warna-warna yang lain hingga habis kesemuanya. (setiap warna dikukus selama 10 minit), manakala warna yang akhir dikukus selama 20 minit hingga masak. Angkat dan sejukkan dahulu sebelum dipotong.
erm 6 biji telur tu... 4 putih shj.. 2 tu kuning sahaja ke?? sy salah buat... ltk 8 biji telur.. jadi hanyir
ReplyDeletebyknya 8 biji telur..sy biasa guna 4 biji je..x asing pun puith n kuning,campur sekali je
Deleteceria warnanya..pas ni tak perlu dilapiskan dengan krim pon sudah cantik
ReplyDeleteInstead guna santan kotak...santan fresh boleh x?
ReplyDeleteboleh
Delete