KEK PISANG

Monday, December 3, 2012

Kek pelangi kukus.

 Kulit bahagian atas terkoyak sedikit, walau macamana ianya sangat sedap.






RAINBOW STEAMED CAKE


sumber resipi  :  CTdelima, tqvm untuk resipi ini.
dicuba oleh  :     zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

    6   biji   telur  (B)
    2   biji   kuning telur
250   gm   gula kastor
 1/2   tsp   esen vanilla
 1/2   tsp   garam
    1   tsp   ovalet
175   ml    santan kotak (KARA)
200   gm   tepung superfine

Pewarna :  ungu, biru, hijau, kuning, oren & merah

Loyang :   6" x 6" square  (tinggi), lain kali nak guna : 7 inci pula


Cara membuat :

1.   Pukul telur, kuning telur, gula kastor, garam, ovalet dan esen vanilla hingga kembang dan gebu, anggaran 5-6 minit.  Kemudian masukkan tepung sambil diayak sedikit demi sedikit dan kacau hingga rata.

2.   Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dan sebati.

3.   Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan.  Setiap bahagian anggaran : 130 gm.

4.   Tuangkan adunan ungu dan kukus selama 10 minit, diikuti dengan warna-warna yang lain hingga habis kesemuanya.  (setiap warna dikukus selama 10 minit), manakala warna yang akhir dikukus selama 20 minit hingga masak.  Angkat dan sejukkan dahulu sebelum dipotong.
                 

5 comments:

  1. erm 6 biji telur tu... 4 putih shj.. 2 tu kuning sahaja ke?? sy salah buat... ltk 8 biji telur.. jadi hanyir

    ReplyDelete
    Replies
    1. byknya 8 biji telur..sy biasa guna 4 biji je..x asing pun puith n kuning,campur sekali je

      Delete
  2. ceria warnanya..pas ni tak perlu dilapiskan dengan krim pon sudah cantik

    ReplyDelete
  3. Instead guna santan kotak...santan fresh boleh x?

    ReplyDelete