KEK PISANG

Tuesday, December 20, 2011


PAI AYAM LADA HITAM
sumber : buku 'Koleksi Pastri & Roti' -
Chef Nermala

PAI AYAM LADA HITAM


Bahan Pastri :

240 gm tepung gandum
120 gm mentega sejuk
4 tbsp. air sejuk (ais)
1/4 tsp. garam

Hiasan :

Kuning telur
Bijan hitam

Cara-cara :

1. Garam dan tepung campurkan dengan mentega sejuk, jadikan serbuk roti.
2. Tuang air sejuk sedikit demi sedikit, secukup sahaja.
3. Uli sampai doh lembut.
4. Sejukkan doh selama 30 minit.
5. Canai doh, potong ikut acuan, isikan ini, sapu kuning telur taburkan bijan di atas pai.
6. Jika guna pastri paf jenama KAWAN, cara membuatnya sama seperti No. 5.
7. Bakar selama 30 minit, dengan suhu : 190'C atau ikut kepanasan oven masing-masing.


Bahan Inti :

400 gm isi ayam (hiris kecil)
1 cawan cendawan butang (hiris)
1 biji bawang besar (cincang kasar)
2 tbsp. serbuk lada hitam
2 tbsp. kicap pekat
3 tbsp. mentega
2 tbsp. tepung
1 tsp. garam
1 cawan air rebusan ayam

Caranya :

1. Panaskan mentega, tumiskan bawang sampai wangi, masukkan ayam dan cendawan, kacau sampai separuh masak.

2. Masukkan lada hitam, garam dan kicap, kacau rata.
3. Masukkan tepung, kacau sampai sebati dengan ayam.
4. Jika pekat tuang sedikit air rebusan ayam, sejukkan.

No comments:

Post a Comment