TALAM PANDAN KACANG MERAH
TALAM PANDAN KACANG MERAH
resipi asal : blog : Yatiememories - kuih ini sedap, tqvm.
Bahan Lapisan Bawah :
1 1/2 cawan Kacang merah (direbus hingga empuk, jika dalam tin toskan airnya)
1 cawan air (dikisar bersama kacang merah)
1 1/2 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat
2 tbsp. tepung Hoen Kwee putih/tepung jagung
1 cawan gula halus
sedikit garam
sedikit pewarna merah
Loyang : 10x10x3 inci persegi
Cara-cara :
Kisarkan kacang merah bersama 1 cawan air. Ketepikan. Dalam bekas lain masukkan tepung beras, tepung hoen kwee, gula, garam bersama santan. Bancuhkan kesemua bahan dan tapis. Masukkan kacang merah kisar tadi dan gaul sebati. Masakkan naik wap dalam 10 minit guna api sederhana, tutup api. Panaskan pengukus. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik dan kukus selama 25 minit.
Bahan Lapisan Atas:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
2 biji telur
1 cawan santan pekat
2 cawan air (kisar bersama 3 helai daun pandan & tapis, ambil jusnya)
secubit garam
sedikit pewarna hijau
Cara-cara :
Bancuhkan ke semua bahan diatas, tapiskan ke dalam periuk dan masakkan naik wap dalam 10 minit guna api sederhana. Tuangkan ke atas lapisan kacang merah tadi. Cakar-cakar sedikit bahagian atasnya guna garpu barulah tuangkan adunan warna hijau.
Kukus lagi selama 25 minit. Setelah siap buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dengan api yang belum ditutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
No comments:
Post a Comment