KEK PISANG

Sunday, December 4, 2011

STRAWBERRY CHIFFON
resipi asal : dari blog 'Yatiememories'
STRAWBERRY CHIFFON


Bahan A :

6 biji kuning telur (A)
2/3 cawan susu cair (saya guna susu segar)
2/3 cawan minyak
1/2 tsp. garam
3/4 cawan gula kastor
2 tbsp. strawberry emulco
1 1/2 cawan tepung gandum )
1 tsp. baking powder ) di ayak

1. Pukul kuning telur, gula & garam hingga sebati. (Guna whisk tangan)
2. Masukkan strawberry emulco, minyak dan susu segar. Kacau sebati.
3. Masukkan bahan ayak (tepung & b. powder), gaul sebati dan ketepikan dahulu.


Bahan B :

6 biji putih telur
1/2 cawan gula kastor
1 tsp. cream of tartar/jus lemon

Cara membuat :

1. Pukul putih telur dan cream of tartar hingga berbuih.
2. Masukkan gula dan pukul hingga kembang dan kental. (Jika diterbalikkan adunan tidak jatuh).
3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit secara kaup-balik, guna spatula atau senduk kayu sahaja.
4. Tuangkan ke dalam acuan chiffon (berlubang ditengah) 9-inci, tidak perlu dilenser.
5. Bakar selama 45-50 minit dengan suhu : 175'C.
6. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan terus terbalikkan di atas redai/rak kek hingga sejuk supaya kek tidak mengecut ketika dikeluarkan dari acuan.
7. Setelah sejuk, bolehlah dikeluarkan dari acuan, dipotong dan dihidangkan.

Nota : Terima kasih kepada penyumbang resipi yang sedap dan gebu ini.
SELAMAT MENCUBA.


No comments:

Post a Comment