KEK PISANG

Thursday, December 22, 2011

STRAWBERRY PANNA COTTA
resipi asal : dari blog : Citarasawan
STRAWBERRY PANNA COTTA


1 cawan susu segar
1 cawan thickened cream/heavy cream
4 tbsp. gula pasir
2 tsp. gelatin (larutkan dengan 2 tbsp. air panas)

Puri Strawberry :

200 gm buah strawberry
4 tbsp. gula pasir
1 tbsp. jus lemon

Cara-cara :

Masakkan buah strawberry, gula pasir dan jus lemon hingga mendidih. Angkat dan sejukkan. Kemudian kisarkan hingga halus. Masukkan 1 tbsp. puri strawberry tadi ke dalam bekas/gelas kemudian bekukan dalam peti sejuk.
Masukkan air panas ke dalam mangkuk, taburkan dengan gelatin dan larutkan hingga sebati. Ketepikan.
Satukan susu segar, thickened cream dan gula pasir ke dalam periuk. Panaskan hingga kelihatan buih-buih kecil di tepi periuk. Tutup api, masukkan larutan gelatin dan kacau hingga sebati. Biarkan sejuk dahulu.
Keluarkan gelas dari peti sejuk, tuangkan larutan susu tadi dan simpan kembali ke dalam peti sejuk hingga beku.
Apabila menghidang, tuangkan sedikit lebihan puri strawberry ke atasnya dan hias dengan buah strawberry segar.

No comments:

Post a Comment