KEK PISANG

Thursday, May 1, 2014

BLUEBERRY CHEEZY LAYER








BLUEBERRY CHEEZY LAYER
sumber dari :  cida & syapex kitchen - sangat sedap




Bahan-bahan :

250  gm          cream cheese
150  gm          susu pekat manis
250  gm          dairy whipping cream (UHT)
    1  peket      biskut marie
    1  cawan     susu segar
Cawan/gelas secukupnya

Inti :  blueberry pie filling secukupnya


Cara Penyediaan :

1.   Pukul cream cheese sehingga kembang kemudian masukkan susu pekat manis, pukul sebati selepas itu masukkan whipping cream.  Pukul lagi sekadar sebati saja.

2.   Cara melapis :  paipkan adunan cream cheese....diikuti filling blueberry...biskut marie (celup didalam susu segar tetapi jangan sampai lembik - sekejap saja)...adunan cheese...filling...biskut marie...adunan cheese akhir sekali..lorekkan filling di atasnya.  (untuk lapisan ini boleh buat sebanyak mana yang boleh selagi bekas muat).

3.   Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.  (yield :  4 pcs).


No comments:

Post a Comment