KEK PISANG

Tuesday, January 14, 2014

BINGKA JAGUNG












BINGKA JAGUNG

Oleh :   Yatiememories




Bahan-bahan :

      1   cawan   gula kastor
1 3/4   cawan   tepung gandum
   1/4   cawan   tepung kastad
      1   cawan   santan pekat
      2   cawan   air
      2   tbsp.     mentega/minyak sapi
      4   biji        telur 'B'
      1   tin         jagung manis (cream style golden sweet corn)
Secubit garam
Bijan untuk hiasan
Sedikit pewarna kuning (jika suka)

Loyang :  9" x 9" atau acuan bunga pecah lapan no. 2


Cara-cara :

1.   Satukan kesemua bahan-bahan kecuali jagung manis dan bijan.  Kisar sampai sebati.
2.   Tuangkan adunan tadi ke dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim.  Gaulkan sebati.
3.   Masukkan 1 sudu besar minyak ke dalam loyang dan oleskan rata.  Boleh juga guna mentega.
4.   Panaskan loyang di dalam oven sebentar.  Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
5.   Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180'C selama 1 jam 15 minit atau hingga garing.
6.   Gunakan api atas dan bawah.  (kalau nak garing lagi, tambahkan masa dalam 5 minit guna api atas sahaja untuk permukaan kuih yang garing).  (menghasilkan :  5 biji guna acuan pecah lapan).

No comments:

Post a Comment