KEK PISANG

Monday, January 6, 2014

BISKUT LIDAH KUCING PELANGI















BISKUT LIDAH KUCING PELANGI
by :   Fatma Bahalwan & Citarasawan



Bahan-bahan :

250  gm   mentega
175  gm   gula kastor
100  ml    putih telur
200  gm   tepung gandum
  50  gm   tepung jagung
 1/4  tsp   emplex
Pewarna :  ungu, biru, hijau, kuning, oren & merah

Loyang lidah kucing -  digries dengan sedikit mentega


Cara-cara :

1.   Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan emplex.  Ketepikan.

2.   Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.

3.   Masukkan tepung dan kaupbalik dengan spatula hingga rata.

4.   Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letakkan pewarna berlainan.

5.   Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozle bulat dan picitkan lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.

6.   Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150'C selama 15 minit.  (Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana ianya akan menenggelamkan corak pelangi).

7.   Biar sejuk dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara.





3 comments: