KEK PISANG

Tuesday, January 7, 2014

KEK MINYAK yang tengah popular sekarang ni di dalam FB.












KEK MINYAK
by :   MyResipi/Lina Pg




Bahan-bahan :

   5   biji        telur 'B'
1/2   cawan   gula halus
   2   cawan   tepung gandum
   1   tsp.       baking powder
3/4   cawan   susu pekat manis
   1   tbsp.     ovallate
   1   cawan   minyak masak
   1   tsp.       esen vanilla
Perisa nenas/pisang/apa-apa saja/pewarna pilihan

Acuan :  8 inci persegi/bulat - digris dan di alas


Cara-cara :

1.   Panaskan oven pada suhu 170'C.
2.   Ayakkan tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan dulu.
3.   Pukul telur bersama gula halus dan ovallate hingga kembang.
4.   Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla.  Pukul lagi sekejap.
5.   Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul tetapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
6.   Akhir sekali masukkan tepung, gaul rata.  Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan pewarna pilihan yang berlainan.
7.   Tuangkan ke dalam loyang, marblekan ikut kreativiti.
8.   Bakar selama 40 minit atau hingga masak menggunakan api atas bawah.

1 comment:

  1. Senang kan nak buat kek minyak ni.Rasanya pun sedap.

    ReplyDelete