KEK PISANG

Wednesday, January 15, 2014

KEK PAUN COKLAT KEJU

 sebelum letak toping

 selepas diletak toping yg. simple










KEK PAUN COKLAT KEJU

Sumber :  buku 'Hidangan Berkeju' - Noraini Zakaria



Bahan-bahan :

110  gm   krim keju
170  gm   mentega
250  gm   gula kastor
    3  biji   telur 'A'
180  gm   tepung gandum *
    1  tsp   serbuk penaik *
  20  gm   serbuk koko * ( * diayak bersama)
100  gm   susu segar
    1  tsp   esen vanilla

Acuan :  8 inci - digris & dilapik kertas minyak


Cara membuat :

1.   Satukan krim keju, mentega dan gula.  Putar hingga kembang dan berkrim.

2.   Masukkan telur sebiji demi sebiji dan diikuti dengan esen vanilla.

3.   Masukkan bahan ayak sedikit-sedikit ke dalam adunan telur tadi berselang-seli dengan susu.  Gaul sebati.

4.   Tuangkan ke dalam acuan.  Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180'C selama 15 minit.  Bakar kek selama 1 jam hingga masak.  Setelah kek sejuk, bolehlah dituang dengan ganache coklat untuk hiasan.


Ganache Coklat :

500  gm   coklat masakan
300  gm   krim putar UHT/susu UHT/susu segar
  30  gm   mentega


Cara membuat :

1.   Panaskan krim atau susu dalam periuk kecil hingga hampir mendidih.  Padamkan api.

2.   Tuangkan ke dalam mangkuk berisi coklat masakan yang telah dicincang halus.  Kacau hingga coklat cair.  Masukkan mentega dan kacau sebati.

3.   Sejukkan ganache ini selama 1 jam atau lebih hingga ia agak pekat dan boleh menyalut kek.  Jika anda mahu coklat cepat pekat, masukkan periuk berisi coklat tadi ke dalam peti sejuk.  Keluarkan apabila ia sudah agak pekat dan sesuai digunakan.

No comments:

Post a Comment