Sunday, May 24, 2015
KUIH BADAK BERENDAM
KUIH BADAK BERENDAM
buku resipi : Jom...Kuih Muih - Norzailina Nordin
Bahan Inti :
150 gm kelapa parut putih
50 gm gula Melaka/merah
100 ml air
40 gm gula pasir
1 helai daun pandan - disimpul
Bahan Doh :
260 gm tepung pulut
40 gm tepung pulut hitam
260-280 ml air
Garam secukup rasa
Bahan Kuah :
400 ml santan
125 ml air
2 sudu besar tepung beras
2 helai daun pandan - disimpul
80 gm gula pasir
Garam secukup rasa
Cara Membuat :
1. INTI : Kacau kesemua bahan inti sehingga agak kering. Angkat dan biarkan sejuk.
2. KUAH : Campurkan santan, air, tepung beras, daun pandan, gula dan garam. Masak sehingga mendidih. Ketepikan.
3. DOH : Gaulkan tepung pulut, tepung pulut hitam dan garam. Masukkan air dan uli menjadi doh.
4. Bentukkan sedikit adunan menjadi bulat, isikan dengan inti kelapa.
5. Bulatkan semula dan buat sehingga habis.
6. Didihkan air dan masukkan bebola berinti tadi. Bila timbul, angkat. Letakkan ke dalam kuahnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment