KEK PISANG

Thursday, July 14, 2016

KEK GULA HANGUS@KEK SARANG SEMUT










KEK GULA HANGUS @ 
KEK SARANG SEMUT
sumber   :    FB :   Azlina Ina...




Bahan-Bahan :

    1  cawan  gula pasir atau gula kastor
    1  cawan  air panas
125  gm  mentega  -  cairkan
    3  biji  telur gred A/B
 1/2  cawan  susu pekat manis
 1/2  sudu teh  esen vanilla
    1  sudu makan  soda bikarbonat
    1  cawan  tepung gandum  -  di ayak


Cara Membuat :

1.  Mula-mula cairkan gula di dalam kuali sehingga bertukar warna keperangan.  Kemudian masukkan 1 cawan air panas, biarkan mendidih 2-3 minit baru dikacau.  Ketepikan biar sejuk.

2.  Dalam bekas lain, pukul telur menggunakan whisk tangan sehingga sebati sekadar pecah kuning telur perlahan-lahan, pastikan tidak berbuih kemudian masukkan 1/2 cawan susu pekat manis, kacau sebati.  Masukkan sedikit esen vanilla (1/2 sudu teh), kacau rata dan sebati.

3.  Kemudian masukkan mentega yang dicairkan tadi, kacau sebati.

4.  OK ini bab penting!!  Masukkan 1 sudu makan soda bikarbonat di dalam penapis dan tapiskan ke dalam adunan tadi, kacau rata. 

5.  Diikuti dengan 1 cawan tepung (diayak) ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil dikacau.  Tidak apa jika ada ketul-ketul tepung.  (Tidak perlu menggunakan baking powder).

6.  Tapiskan air gula yang dihanguskan/karamel tadi ke dalam adunan.  Whisk perlahan-lahan sehingga sebati dan tiada kelihatan tepung berketul/berbintil.  (Tapis jika perlu).  Perapkan adunan ini selama 1 jam.

7.  Sediakan loyang 6 inci/5 inci sebab adunan ini sedikit.  Loyang di alas dengan kertas minyak memandangkan kek ini bila siap dibakar ianya melekat.

8.  Bakar selama 20 minit api bawah pada suhu 150'C.  Kemudian buka api atas bawah dan teruskan membakar selama 20-25 minit pada suhu 160'C - 170'C atau sehingga masak sempurna.  (Oven hendaklah dipanaskan 15 minit awal sebelum memasukkan kek)...

1 comment: