BUBUR/PENGAT PISANG TANDUK
Bahan-Bahan :
2 biji pisang tanduk ~ dipotong serong atau ikut citarasa
3 cawan santan
100 gm gula melaka/gula merah
2 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan ~ disimpul
Secubit garam
Cara-Cara :
1. Masukkan kesemua bahan (kecuali pisang) di dalam periuk. Kacau sehingga gula hancur dan
kuah mendidih.
2. Setelah kuah mendidih, masukkan pisang. Kacau sebentar sehingga pisang masak dan lembut.
3. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment