Wednesday, July 12, 2017
STEW AYAM...
STEW AYAM
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ potong ikut suka
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2-3 sudu besar tepung gandum
Sedikit kicap
Sedikit lada hitam ~ tumbuk kasar
Garam & serbuk perasa
1 biji ubi kentang ~ dipotong 4
1 batang lobak merah ~ potong besar-besar
1 biji bawang besar ~ potong 4
Cara Memasak :
1. Tumiskan bahan penumis (kayu manis, bunga lawang) dan bawang serta halia yang dihiris nipis sehingga wangi. Masukkan tepung gandum dan digoreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak (anggaran 5 minit).
2. Masukkan ayam, ubi kentang, lobak merah, bawang besar dan dikacau rata. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Masak sehingga kentang dan lobak merah empuk.
3. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan...
TIPS : Jika dipekatkan, boleh dijadikan inti untuk chicken pie...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment