KEK PISANG

Tuesday, February 21, 2012

KUIH LAPIS KELADI
oleh : Yatiememories.blogspot.com
Salam semua! Hari ini saya mencuba resipi dari blog Yatiememories untuk menghilangkan rasa bosan dirumah. Kuih ini sedap dan kemanisannya pun sederhana iaitu tidak terlalu manis. Tetapi potongan kuih ini tidak berapa cantik kerana ianya dipotong ketika ianya belum betul-betul sejuk sebabnya kerana terlalu ingin merasanya. Disini saya salinkan resipinya. Minta izin dari tuanpunya resipi ini. Tqvm. (resipi asal kuih lapis labu)
KUIH LAPIS KELADI
oleh : Yatiememories.blogspot.com
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan A :
2 cawan air
1 1/4 cawan gula halus
1/2 tsp. garam
2 helai daun pandan - disimpul
Bahan B :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan santan pekat
2 cawan air
Bahan C :
1/2 cawan santan pekat
Bahan D :
1 cawan keladi (rebus )
sedikit pewarna ungu (jika suka)
Cara membuat :
1. Masakkan bahan A hingga gula larut dan sejukkan. Ketepikan dahulu.
2. Dalam bekas lain, satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A ke dalam bahan B.
3. Kacau hingga sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian sama rata.
4. Satu bahagian masukkan bahan C (santan) dan satu bahagian lagi bahan D (keladi) serta sedikit pewarna ungu.
5. Bahagikan pula setiap bahagian pada 3 bahagian supaya jumlah cecair sama iaitu 3 ungu dan 3 lagi putih.
6. Masukkan adunan keladi ke dalam loyang 8 inci yang telah disapu minyak terlebih dahulu dan kukus selama 7 minit.
7. Kemudian masukkan adunan santan dan kukus selama 7 minit.
8. Ulang hingga habis. Adunan akhir kukus 20 minit dengan api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik. Sejukkan barulah dipotong.
Nota : resipi asal kuih lapis labu tapi ditukar keladi kerana tiada stok labu dirumah.

No comments:

Post a Comment