KEK PISANG

Sunday, July 22, 2012

Krim Puff






KRIM PUFF

sumber dari  :   dapurkakyah (tqvm utk resipi ini)
dicuba oleh :     zaralovebaking.blogspot.com

Bahan Kulit :

300  gm   tepung gandum
250  gm   mentega
4  cawan  air
4  biji       telur
2  tsp.      esen vanilla

Cara membuat :

   Masakkan air dan mentega hingga mendidih.  Tutupkan api dan masukkan tepung.  Kacau hingga tidak melekat di dinding periuk.  Angkat dan sejukkan.
   Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati (sekejap sahaja).  Masukkan dalam piping bag dan paipkan  di atas loyang.
   Bakar selama 30 minit dengan suhu :  200'C (suhu biarkan panas sedikit daripada membakar kek).  Sejukkan, belah dan isikan dengan krimnya.

Bahan Krim :

400  ml   susu segar
3    tbsp  tepung kastad
2    tbsp  tepung gandum
6    tbsp  gula pasir
2    biji    telur
1    tbsp  mentega (optional)
sedikit garam

Cara membuat :

   Masakkan semua bahan di atas hingga pekat dan sejukkan.  Masukkan ke dalam piping bag dan siap untuk di paip ke dalam kulit puff tadi.

No comments:

Post a Comment