KEK PISANG

Friday, July 27, 2012

Kuih Tako




KUIH TAKO ROS MERAH

sumber dari  :  yatiememories (tqvm utk resipi ini)
dicuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com

Bahan Lapisan Bawah :

1/2  tiub      tepung hoen kwee putih  (50 gm)
1/2  cawan  gula
3     cawan  air
sedikit pewarna merah
2     helai     daun pandan
sedikit perisa rose
4    biji        sengkuang cina  -  kupas kulit, cuci dan potong dadu kecil

Bahan Lapisan Atas :

3 1/2  cawan   santan pekat
1/2     tiub       tepung hoen kwee putih (50 gm)
1/2     tsp        garam
2        helai      daun pandan

Cara-cara :

1.   Satukan bahan-bahan lapisan bawah dan masakkan hingga pekat dan hendaklah sentiasa dikacau.  Guna api sederhana perlahan.  Bila dah pekat tutup api dan keluarkan daun pandan.
2.   Masukkan sengkuang cina yang dipotong dadu tadi dan gaul sebati.
3.   Sediakan bekas kecil (ikut pilihan) dan tuangkan adunan merah hingga 1/2 paras bekas.  Ketepikan.
4.   Satukan bahan-bahan lapisan atas dan masakkan hingga pekat.  Adunan hendaklah sentiasa dikacau guna whisk tangan.  Matikan api.
5.   Tuangkan adunan putih ke atas lapisan merah hingga memenuhi bekas.  Sejukkan.
6.   Akhir sekali simpan dalam peti sejuk untuk di dinginkan.  (menghasilkan anggaran :  19 bekas dadih kecil).

1 comment:

  1. sedapnya...1st time la tgk kaler merah yg bwh tu..

    ReplyDelete