KEK PISANG

Monday, February 17, 2014

MI GORENG MAMAK








MI GORENG MAMAK
Oleh  :  Chef Hanieliza




Bahan-bahan :

500  gm        mi kuning  (dibasuh & tuskan)
200  gm        isi ayam  (hiris nipis & kecil)
    1  keping   kek ikan  (dihiris)
300  gm        sawi hijau (dipotong pendek)
    2  tangkai  cili hijau  (dihiris)
    3  biji        telur
    2  tbsp      kicap pekat
 1/2  labu      bawang besar  (dipotong dadu)
    2  tbsp      cili kisar
    1  tbsp      rempah kari daging


Cara membuat :

1.   Panaskan minyak masak di dalam kuali dengan api sederhana.  Tumiskan bawang besar, cili kisar dan serbuk rempah kari sehingga wangi dan naik minyak.

2.   Masukkan isi ayam, tutup dan masak selama 5 minit.

3.   Masukkan mi kuning, kicap, kek ikan, sawi hijau, telur dan garam (sekiranya perlu).  Tutup dan masak selama 5 minit lagi.  Gaulkan sekali-sekali hingga sebati.

4.   Masukkan ke dalam pinggan hidang dan sedia dihidangkan dengan hirisan cili hijau dan potongan limau nipis (jika suka).

No comments:

Post a Comment