Tuesday, February 4, 2014
IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL
IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL
Sumber : Azie Kitchen
Bahan-bahan :
4 ekor ikan cencaru
6 tbsp. cili kering kisar
6 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
sedikit belacan bakar
gula, garam secukupnya
air asam jawa secukupnya
Cara Memasak :
Ikan cencaru dibelah belakang dan dibersihkan. Lumurkan ikan cencaru bersama sedikit garam. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan sedikit belacan. Masukkan cili kering kisar. Akhir sekali masukkan garam, gula dan sedikit air asam jawa. Sumbatkan bahan tumbuk tadi ke dalam bahagian belakang ikan cencaru.
Panaskan minyak secukupnya dan gorengkan ikan cencaru sehingga garing. Hidangkan bersama nasi putih bersama lauk sampingan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment