KEK PISANG

Friday, February 14, 2014

KEK KEJU BERSALJI

 sebelum dihias


 selepas dihias - dibuat untuk birthday me & daugher, Fatin 15 & 16/2/2014 (Sat. & Sun.)







KEK KEJU BERSALJI
Oleh  :  dapurcomelku



Bahan-bahan kek :

100   gm    gula halus
100   gm    tepung Hong Kong/Superfine/Self-raising (saya guna self-raising)
  60   gm    tepung jagung
  50   gm    air sejuk dari peti ais
    1   tsp    baking powder (optional)
    2   tbsp  ovallate
  75   gm    mentega  (dicairkan)
    6   biji    telur  (dibuang 2 putihnya)
    1   tsp    esen vanilla

Untuk krim :

250   gm    krim keju Philadelphia
 1/2   tin     susu pekat (atau 1 cawan)
    1   tbsp  jus lemon

(satukan kesemua bahan untuk krim dan putar sehingga tidak berketul).  Simpan sebentar di dalam peti sejuk - anggaran 10 minit).

Bahan taburan :  1/2 kotak kraft cheddar cheese -  diparut/sagat


Cara-cara :

1.   Masukkan kesemua bahan kek kecuali mentega cair dan putarkan.

2.   Putarkan dengan kelajuan sederhana hingga pekat dan putih.  Akhir sekali masukkan mentega cair.  Putarkan lagi hingga sebati dan pekat.

3.   Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah digris dan di alas dengan kertas minyak.

4.   Bakar pada suhu 170'C selama 55 minit menggunakan api atas bawah.  Letak di rak paling bawah tetapi kedudukannya ditengah.

5.   Bila dah masak terbalikkan sebentar dan bila kek dah sejuk, belah kek kepada dua bahagian.

6.   Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi kemudian letakkan separuh kek  lagi di atasnya.

7.   Sapukan lebihan krim pada seluruh kek.

8.   Akhir sekali taburkan kraft cheese cheddar parut pada keseluruhan kek sebagai toping.

9.   Masukkan ke dalam peti sejuk dalam 1-2 jam barulah dipotong.

No comments:

Post a Comment