Tuesday, February 18, 2014
TRIFLE
TRIFLE
Bahan-bahan :
1 bungkus swissroll/sebarang kek pilihan
1 kotak agar-agar kristal 'NONA' (sebarang perisa)
1 tin fruit cocktail (atau ikut pilihan)
3 tbsp. tepung kastad
3 tbsp. gula pasir
3 cawan susu segar/susu cair
Cara Penyediaan :
1. Campurkan tepung kastad, gula dan susu ke dalam periuk. Gaul sebati dan masak hingga mendidih dan pekat. Alihkan dari api dan biarkan sejuk seketika.
2. Potongkan kek dan susun di dalam bekas kaserol (atau acuan pilihan) hingga penuh.
3. Ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan ke atas kek tadi.
4. Tuangkan adunan kastad ke atas keseluruhan kek hingga rata. Taburkan buah-buahan cocktail ke atas adunan kastad tadi.
5. Bancuhkan dan masak agar-agar kristal mengikut arahan pada pek kotak dan tuangkan ke atas buah-buahan cocktail tadi.
6. Masukkan ke dalam peti sejuk. Enak dimakan dengan aiskrim perisa vanilla.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment