Monday, February 17, 2014
KEK PISANG CEPAT SIAP
KEK PISANG CEPAT SIAP
Oleh : CMG
Bahan-bahan :
200 gm tepung gandum *
1 tsp baking soda *
1 tsp baking powder * (* disatukan & diayak bersama)
150 gm pisang
150 gm gula perang atau 170 gm gula kastor
3 biji telur gred 'A'
120 gm minyak jagung/sayur
1 tbsp ovallate
Beberapa titik esen pisang (optional)
Chocolate rice untuk hiasan
Acuan : 7" x 3" (dapat 2 biji) atau 8 inci bulat/persegi, digris & dialas
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Sediakan acuan, ketepikan.
2. Lecekkan pisang, gula, garam (optional) dan ovallate sehingga kesemuanya bergaul dan sebati.
3. Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambahkan tepung, minyak jagung dan esen pisang (jika guna). Gaul hingga sebati.
4. Boleh masukkan sedikit chocolate rice ke dalam adunan atau taburkan di atas kek sahaja.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit atau hingga masak sepenuhnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment