Wednesday, February 19, 2014
PUDING ROTI BAKAR
PUDING ROTI BAKAR
Oleh : syapex kitchen/Hana (sangat sedap - tq)
Bahan-bahan :
7-8 keping roti
500 ml susu segar @ 2 cawan *
4 tbsp gula halus *
2 biji telur 'B' *
1 tsp esen vanilla *
1 tsp serbuk kayu manis *
2 tbsp mentega - dicairkan
3 tbsp kismis/cranberry kering/apple didadu dll.
Cara Penyediaan :
1. Satukan kesemua bahan-bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk besar. Koyak-koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika.
2. Masukkan separuh kismis dan juga mentega cair. Gaul sebati. Kemudian tuangkan ke dalam loyang/bekas pilihan yang telah digris dengan sedikit mentega. Taburkan baki kismis di atas adunan.
3. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak sepenuhnya. (menghasilkan : 7 biji dalam bekas foil - gambar seperti di atas).
Bahan Sos Kastad :
1 tin susu cair
1/4 tin air (sukat guna tin susu cair tadi)
2 tbsp tepung kastad
2 tbsp gula pasir
Cara-cara :
Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat dengan menggunakan api sederhana. (kepekatan ikut selera).
Tuangkan ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dipotong dan di tuangkan sos kastad.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment