Thursday, February 20, 2014
MUFFIN PISANG MUDAH - CMG
MUFFIN PISANG MUDAH
Oleh : tiffinbiru - CMG, sangat sedap.
Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum *
1 tsp. baking powder *
1/3 tsp. garam halus *
3/4 tsp. baking soda * ( * disatukan & diayak bersama)
3 biji pisang emas - dilecek
1 tbsp. mayonis
1 biji telur gred 'B'
1/3 cawan gula perang (resipi asal guna 3/4 cawan gula halus)
1/3 cawan mentega cair (saya guna minyak jagung)
Beberapa titik esen pisang
Cara Penyediaan :
1. Panaskan oven pada suhu 180'C.
2. Dalam bekas/mangkuk adunan, satukan telur, gula perang dan mayonis, kacau rata dengan whisk hingga sebati. Masukkan pisang lecek, minyak dan esen pisang. Kacau rata.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan-bahan yang bertanda * tadi, gaul dengan pantas hingga sebati. (JANGAN gaul terlalu lama sekadar sebati saja).
4. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas 3/4 penuh. Taburkan dengan sedikit hirisan badam di atasnya (jika suka).
5. Bakar selama 25 minit atau hingga masak sepenuhnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment