Friday, February 14, 2014
SUP IKAN MERAH
SUP IKAN MERAH
Oleh : yatiememories
Bahan-bahan :
3 ekor ikan merah sederhana besar
4 cawan air
Minyak secukupnya
Daun sup, daun bawang & bawang goreng
Bahan tumbuk (lumat) :
1 tbsp lada sulah/putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Bahan tumis :
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 ulas bawang putih - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
Cara Memasak :
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan tumbuk. Kacau hingga sedikit kekuningan. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan ikan, kacau rata. Tambahkan air jika perlu. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Tutup api dan taburkan dengan daun sup, daun bawang hiris dan sedikit bawang goreng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sedapnya zara dah akak tak masak sup ikan ni... ;)
ReplyDelete