KEK PISANG

Thursday, February 6, 2014

KASWI PANDAN











KUIH KASWI PANDAN
Oleh  :   Asmah Hashim, Rabiatunsweettouch dll.



Bahan-bahan :

      2   cawan   tepung gandum
   1/2   cawan   tepung ubi
1 1/2   cawan   gula kastor
      2   cawan   air
      1   cawan   air pandan  (air dikisar bersama 3 helai daun pandan = ditapis ambil jusnya)
      1   cawan   santan
      1   tsp        pewarna hijau
      1   tsp        garam halus
   1/2   tsp        air kapur sirih


Cara Penyediaan :

     Mula-mula panaskan pengukus sebelum menyediakan adunan kerana cara penyediaan adunan tidak mengambil masa yang lama.  Kesemua bahan adunan dicampur dan dikacau rata hingga tidak bergentel.  Kemudian ditapis.  Masukkan adunan ke dalam acuan lompang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.  Kukus selama 15 minit atau hingga masak.  Bila dah sejuk hidangkan dengan kelapa parut putih yang telah dikukus seketika dan digaul dengan sedikit garam.  ( menghasilkan :  30 biji saiz besar)

No comments:

Post a Comment