KEK PISANG

Sunday, June 2, 2019

SEMPERIT ROSE ...










SEMPERIT ROSE
sumber :    resipicitarasawan ...




Bahan-Bahan :

250  gm  Buttercup
1/3  cawan  gula icing
1/2  cawan  susu pekat manis
1/2  cawan  tepung ubi kayu
400  gm  tepung jagung
1  sudu kecil  sirap Rose
Sedikit pewarna merah jambu@pink


Cara-Cara :

Gaulkan Buttercup dan gula icing dengan senduk kayu hingga sebati.
Masukkan susu pekat manis, gaul rata.
Masukkan tepung ubi kayu, gaul sebati.
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
Bahagikan doh kepada dua bahagian.
Satu bahagian diletakkan sirap Rose dan pewarna merah jambu@pink.  Satu lagi dibiarkan doh putih.
Masukkan 1/2 doh merah ke dalam acuan semperit, kemudian penuhkan dengan doh putih di atasnya.
Tekan dengan ibu jari menjadikan kepada bentuk bunga rose.
Susun di atas loyang yang dialas kertas minyak/baking paper.
Biarkan selama 1 jam di bawah kipas angin supaya bunga tidak jatuh/kembang selepas dibakar.
Panaskan oven pada suhu 150'C dan bakar selama 25 minit menggunakan api atas bawah atau mengikut oven masing-masing.

No comments:

Post a Comment