KEK PISANG

Sunday, September 8, 2013

KEK BELANG COKLAT - sebagai buah tangan

 sebelum dibakar
 selepas dibakar






KEK BELANG COKLAT  (8 inci)



Sumber :  buku resipi 'Jamuan Kek' Chef Zubaidah



Bahan-bahan :

    5   biji     telur  (saya guna gred B)
  40   gm     air biasa
  10   gm     ovalette
280   gm     tepung naik sendiri
190   gm     gula kastor
200   gm     marjerin  (cairkan & sejukkan)
    1   tbsp   coklat emulco


Acuan :  8 inci digris dengan sedikit mentega & dialas dengan baking paper


Cara-cara :

1.   Pukul kesemua bahan kecuali marjerin cair dan coklat emulco hingga gebu dan berkrim.
2.   Kemudian masukkan marjerin cair sedikit demi sedikit ke dalam adunan.  Gaul hingga sebati.
3.   Bahagikan kepada 2 adunan.  Satu bahagian dimasukkan coklat emulco dan satu lagi dibiarkan kosong.
4.   Tuangkan adunan coklat dan kosong ke dalam acuan secara berselang-seli dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170'C selama 40-45 minit atau hingga kek masak sepenuhnya.

1 comment: