KEK PISANG

Friday, August 5, 2016

BUAH MELAKA@ONDE-ONDE









BUAH MELAKA@ONDE-ONDE
sumber  :    Fiza's Cooking...





Bahan-Bahan :

3  cawan  tepung pulut
3  sudu besar  tepung gandum
1-2  keping  gula melaka  -  dipotong kiub kecil
1  cawan  kelapa muda parut bahagian putih *
sedikit garam *  ( * digaul sebati )
1 1/2  cawan  air atau secukupnya *
4  helai  daun pandan *  ( * kisar bersama & tapis ambil jusnya )


Cara-Cara :

1.  Masukkan tepung pulut, tepung gandum ke dalam mangkuk.

2.  Bancuhkan dengan air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh di gentel dan tidak melekat di tangan.

3.  Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.  Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.  Masukkan gula melaka ditengahnya dan tutup semula.  Bentukkan bulat.

4.  Masukkan bebola doh ke dalam air yang sedang mendidih.  Apabila kuih timbul, bolehlah diangkat, toskan dan golekkan di dalam kelapa parut tadi.


TIPS :   Doh dicampur dengan sedikit tepung gandum tujuannya supaya kuih kurang liat semasa memakannya jadi ianya selamat untuk kanak-kanak dan warga emas...

No comments:

Post a Comment