Monday, August 1, 2016
IKAN MASAK 3 RASA...
IKAN MASAK 3 RASA ALA THAI
sumber : iresipi.com...
Bahan Untuk Menggoreng Ikan :
1 ekor ikan siakap/ikan bawal
2 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
Bahan Untuk Kuah/Sos :
4 ulas bawang putih - cincang halus
3 biji bawang merah - cincang halus
1 inci halia - cincang halus
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji tomato - dipotong dadu
1 batang bunga kantan - dihiris nipis
1 batang serai - dititik
6 biji cili padi - hiris nipis
1 biji cili merah - hiris nipis
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 helai daun limau purut - dicarik
Garam & gula secukup rasa
Daun bawang - hiris kasar untuk hiasan
Cara Memasak :
1. Ikan dibersihkan, di lumurkan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung, goreng di dalam minyak yang betul-betul panas (goreng terendam) hingga garing, angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan dan ketepikan.
2. Di dalam kuali yang berasingan, panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan halia, serai, bunga kantan dan cili padi, kacau seketika.
4. Masukkan tomato, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan masak sehingga kuah pekat. (Jika terlalu pekat masukkan sedikit air).
5. Masukkan daun limau purut, cili merah dan kacau sehingga kuah sedikit pekat dan sebati.
6. Tuangkan kuah di atas ikan yang digoreng tadi. Taburkan dengan hirisan daun bawang.
7. Hidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment