KEK PISANG

Tuesday, August 9, 2016

KEK EPAL BEREMPAH












KEK EPAL BEREMPAH
sumber :   Majalah 'Sedap' Ogos 2016...




Bahan-Bahan :

225  gm  mentega tawar sejuk
200  gm  gula pasir halus/gula kastor
4  biji  telur gred A/B
225  gm  tepung gandum
15  gm  tepung jagung
1/8  sudu teh  garam
1/2  sudu teh  serbuk halia
1  sudu teh  serbuk kayu manis
1/2  sudu teh  serbuk penaik
200  gm  epal  -  parut/sagat
75  gm  kismis


Cara Membuat :

1.  Pukul mentega dan gula pasir halus hingga lembut.  Masukkan telur satu persatu berselang-seli dengan sebahagian tepung gandum, tepung jagung dan garam sambil diayak dan dipukul rata.

2.  Masukkan bagi tepung gandum, serbuk kayu manis, serbuk halia dan serbuk penaik sambil diayak dan dikacau rata.

3.  Masukkan epal dan kismis, kacau rata.

4.  Tuangkan di loyang berdiameter  22 cm tinggi 4 cm/9 inci bulat/empat segi yang telah disapu marjerin dan dilapisi kertas kalis minyak.

5.  Bakar dengan api bawah pada suhu ketuhar 180'C selama 45 minit sehingga masak sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment