KEK PISANG

Sunday, November 24, 2013

PUTERI AYU CHEESE











PUTERI AYU CHEESE




Sumber  :   FB/ResipiTurunTemurun (Hasnah Zakaria)
dicuba   :    zaralovebaking  -  sedap & lemak-lemak cheese



Bahan-bahan :

2  biji        telur
1  cawan   gula kastor
2  cawan   tepung gandum
1  cawan   santan/susu cair  (saya guna susu cair)
1  tsp.       ovalet
Pewarna pilihan
Perisa ikut citarasa (optional)


Bahan Cream Cheese :

250  gm   cream cheese
  80  gm   gula kastor
  25  ml    air
  20  gm   tepung gandum
    1  biji   telur

     Satukan kesemua bahan cream cheese dan pukul menggunakan mixer hingga sebati... siap & ketepikan sebentar.


Cara Menyediakan Puteri Ayu :

1.   Pukul gula dan telur hingga kembang.  Masukkan ovalet dan pukul lagi.

2.   Masukkan tepung, santan atau susu cair, pukul lagi hingga sebati.  Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.

3.   Isikan cream cheese ke dalam acuan, kukus selama 2 minit, kemudian letakkan adunan berwarna dan kukus lagi lebih kurang 7 - 10 minit dengan api sederhana.

4 comments:

  1. Memang ayu betulah Puteri Ayu Cheese zarah ni... macam nak jer macam nak jer... satu ... ;)

    ReplyDelete
  2. silakan...kalau dekat akan kak hantarkan...

    ReplyDelete
  3. menarik ni...
    msti lmak bkrimm...

    ReplyDelete
  4. Jumpa resipi ni dalam FB..nampak menarik dan teruja untuk mencuba. Menarik dan sedap lemak berkrim..

    ReplyDelete