KEK PISANG

Thursday, May 12, 2016

BUAH MELAKA @ ONDE-ONDE









BUAH MELAKA @ ONDE-ONDE
sumber  :   Fiza's Cooking...




Bahan-Bahan :

3  cawan  tepung pulut
3  sudu besar  tepung gandum
2  keping  gula melaka  -  dipotong kiub kecil
1  cawan  kelapa muda parut *
Sedikit garam *  ( * digaul sebati )
1  cawan  air atau secukupnya *
4  helai  daun pandan *  ( * kisarkan bersama & tapis ambil jusnya )


Cara-Cara :

1.  Masukkan tepung pulut, tepung gandum ke dalam mangkuk.

2.  Bancuhkan dengan air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh di gentel dan tidak melekat di tangan.

3.  Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.  Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.  Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula membentuk bebola.

4.  Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.  Apabila kuih/bebola timbul, bolehlah di angkat, toskan dan golekkan di dalam kelapa parut tadi.

TIPS  :   Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya.  Jadi ia selamat untuk kanak-kanak dan warga emas.

No comments:

Post a Comment