KEK PISANG

Monday, May 16, 2016

KUIH CARA MANIS










KUIH CARA MANIS
sumber  :   FB :  Aznie Cake House...




Bahan-Bahan :

      2  cawan  tepung gandum
      2  cawan  santan pekat  (atau :  santan kotak 200 ml + air jadikan 2 cawan santan pekat)
1 1/4  cawan  air daun pandan dari 4 helai daun pandan + 1 1/4 cawan air, kisar & tapis, jika guna)
      2  biji  telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau & merah (jika guna)
Gula pasir secukupnya


Cara-Cara :

     Satukan kesemua bahan kecuali gula pasir lemudian di blender dan tapis.  Tuangkan adunan ke dalam jug (senang nak tuangkan ke dalam acuan cara nanti).  Sapu sedikit minyak pada acuan.  Gunakan api sederhana.  Kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan, bubuh 1/4 sudu teh gula pasir pada setiap adunan.  Tutup acuan dengan tudung.  Biarkan seketika.  Kemudian cungkil sedikit kuih dengan sudu, jika permukaan bawah kelihatan warna coklat bermakna dah masak.

Nota :  Untuk dua warna  -  asingkan sedikit adunan letakkan warna merah manakala selebihnya warna hijau.  Mula-mula masukkan sedikit warna merah, biarkan seketika kemudian masukkan warna hijau, letak gula dan tutup dengan tudung.  Untuk adunan warna omit air daun pandan, guna air biasa saja...

1 comment:

  1. Camtik warnanya... Zara. Sekali tengok macam bunga.

    ReplyDelete