Sunday, May 1, 2016
TELUR MASIN LEMAK CILI API
TELUR MASIN LEMAK CILI API
sumber : Majalah RASA April 2016...
Bahan-Bahan :
4 biji telur masin
1 batang serai - titik
1 ulas bawang merah - kisar
1 keping asam gelugur
2 cm kunyit hidup - kisar
10 biji cili padi - kisar
1 mangkuk santan
1 helai daun kunyit - hiris halus (tambahan)
1 tangkai cili hijau - potong serong (hiasan)
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Masukkan semua bahan kecuali telur, daun kunyit dan cili hijau.
2. Didihkan santan sehingga mendidih.
3. Kecilkan api, masukkan telur masin satu persatu.
4. Biarkan telur agak keras, perasakan dengan sedikit garam jika tidak berapa masin.
5. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan potongan cili hijau. Biarkan seketika.
6. Jangan terlebih kacau kerana ia mudah hancur, nanti tidak cantik kuahnya. (saya terlebih kacau sedikit).
7. Tutup api dan hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment