KEK PISANG

Sunday, December 11, 2016

JUS TEMBIKAI MERAH BERMADU...










JUS TEMBIKAI MERAH BERMADU
oleh  :    zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

1/2  biji  tembikai merah bersaiz sederhana
1  sudu makan  gula pasir atau ikut manis yang disukai
1  sudu teh madu atau secukupnya
600  ml  air
Ais ketul secukupnya
Beberapa biji limau kasturi  -  untuk hiasan (jika suka)


Cara Penyediaan :

1.  Buah tembikai merah dikupas dan dikisar hingga hancur.
2.  Tapis dan ambil jusnya sahaja.
3.  Kemudian campurkan dengan air, gula dan madu.  Dinginkan dengan ais ketul.
4.  Tuangkan ke dalam gelas, masukkan sebiji dua limau kasturi yang dibelah dua (jika suka).
5.  Sedia untuk dinikmati...

No comments:

Post a Comment