KEK PISANG

Saturday, December 17, 2016

MUFFIN PANDAN...










MUFFIN PANDAN
sumber  :    Majalah Sedap Ogos 2014...




Bahan-Bahan :   (12 pieces)

300  gm  tepung gandum
1  sudu makan  serbuk penaik
1/4  sudu teh  garam
150  gm  gula pasir halus atau gula kastor
50  gm  mentega tawar
2  biji  telur gred B, pukul ringan
150  ml  santan daripada 1/2 biji kelapa
50  ml  air pandan serani daripada 30 helai daun pandan serani dan 2 helai daun pandan
50  gm  cip coklat


Cara-Cara :

1.  Ayak tepung gandum dan serbuk penaik, masukkan garam dan gula pasir halus, kacau rata.  Masukkan mentega tawar, kacau sehingga berbutir.

2.  Campur telur, santan dan air pandan serani, kacau rata.  Tuangkan ke dalam campuran tepung gandum, kacau hingga rata.

3.  Masukkan cip coklat, kacau hingga tercampur rata.

4.  Tuangkan ke dalam loyang muffin yang dilapisi cawan kertas.  Taburkan dengan sedikit kekacang pilihan, jika suka.  Bakar dengan api bawah pada suhu 190'C selama 20 minit sehingga masak...

No comments:

Post a Comment