KUIH KASWI PANDAN BERLAPIS
KUIH KASWI PANDAN BERLAPIS
sumber resipi : dari buku 'Istimewa Pemanis Mulut' - CTdelima
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
BAHAN-BAHAN :
Adunan Pandan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 tbsp. tepung ubi
1 tbsp. tepung beras
2 cawan air
1/2 tsp. pandan emulco
1/2 tsp. pewarna hijau
1 tsp. air kapur
Adunan Gula Merah :
1 cawan tepung gandum
1 tbsp. tepung ubi
1 tbsp. tepung beras
1/2 cawan gula merah *
1/3 cawan gula pasir *
2 cawan air * - ( * masak hingga gula larut dan tapis. Sejukkan sebentar)
1 tsp. air kapur
Bahan Hiasan :
1/2 biji kelapa parut putih )
sedikit garam ) digaul sebati & kukus sebentar
Loyang : 7 inci, sapu minyak dan alas plastik
Cara membuat :
1. Didihkan air dalam periuk kukusan. Sapu sedikit minyak pada loyang dan alas dengan plastik bersih dan lebihkan sedikit untuk memudahkan kuih dikeluarkan nanti. Panaskan loyang sebentar dalam 5 minit.
2. Satukan semua adunan pandan dalam mangkuk, kacau rata dengan whisk atau boleh juga diblend hingga halus kemudian tapis. Buat adunan gula merah juga seperti adunan pandan dan ketepikan dahulu.
3. Tuang adunan pandan dalam loyang dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana. Bila adunan dah masak, cakar sedikit dengan garpu atasnya dan tuang adunan gula merah perlahan-lahan di atas adunan pandan tadi. (sebelum dituang, pastikan adunan gula merah dikacau dulu sebelum dituang ke atas adunan pandan).
4. Balut penutup kukusan dengan kain bersih agar air tidak menitik atas kuih nanti atau boleh juga ditutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Dan kukus lagi selama 15 minit. Bila dah cukup 15 minit buka tutup kukusan dan biarkan adunan dalam 2 minit lagi. Matikan api, angkat dan sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dengan menggunakan pisau plastik.
5. Kukus sebentar kelapa parut dan gaulkan bersama garam hingga rata. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama kuih kaswi tadi.
No comments:
Post a Comment