CHOCOLATE OREO JELLY
CHOCOLATE OREO JELLY
resipi oleh : Ros & fromintankitchen (Ita), tqvm to both of you.
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 paket serbuk agar-agar
6 keping biskut coklat oreo (inti krim putih dikeluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
2 tbsp. serbuk koko
Cara membuat :
Masak serbuk agar-agar bersama air, daun pandan dan gula hingga gula larut. Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko dibancuh sedikit dengan 1 tbsp. air suam dan curahkan ke dalam periuk agar-agar. Setelah semua sebati, curah ke dalam acuan pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu dan setelah sejuk barulah disimpan dalam peti sejuk. Agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya. (boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi kalau nak lapisan biskut oreo itu lebih tebal).
Nota : biskut oreo kisar tadi boleh juga di tuang dalam acuan kemudian barulah di tuangkan agar-agar tadi dan sejukkan dulu baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment