KEK PISANG

Thursday, November 8, 2012

Serimuka Pelangi

 KUIH SRI MUKA PELANGI, potongan yang comat
tetapi sedap sangat.






KUIH SRI MUKA PELANGI


sumber dari   :  buku 'Istimewa Pemanis Mulut' dapurCT
dicuba oleh   :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan lapisan bawah :

      2   cawan   santan cair
1 1/2   cawan   beras pulut  -  cuci dan rendamkan selama 3 jam
      1   tsp.       garam halus


Bahan lapisan pelangi :

      2   cawan   tepung gandum
   1/4   cawan   tepung beras
   1/4   cawan   tepung jagung
   1/2   cawan   gula pasir  (boleh tambah lagi jika suka lebih manis, bagi saya ok jer)
3 1/2   cawan   santan  (boleh tambah lagi jika perlu, bagi saya ok jer)
      1   tsp.       garam
Pewarna Merah, Oren & Kuning

Tray :  9 inci


Cara membuat :

1.   Panaskan kukusan hingga air mendidih.
2.   Satukan bahan lapisan bawah dan masukkan semua dalam loyang dan kukuskan hingga masak.
3.   Apabila pulut telah masak tekankan dalam loyang hingga mampat - boleh juga alas loyang dengan plastik, agar senang nak keluarkan kuih nanti.
4.   Satukan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna, blender halus dan tidak bergentel.
5.   Bahagikan adunan lapisan pelangi kepada 3 bahagian sama banyak dan letakkan pewarna.  Kacau rata.
6.   Kukus semula pulut yang telah dimampatkan.
7.   Tuangkan lapisan merah dan kukus selama 8-10 minit.  Buat lapisan kedua (Oren), kukus lagi dan seterusnya (Kuning) hingga habis.
8.   Apabila telah habis semua lapisan, kukus semula selama 20-25 minit dan tutup dengan aluminium foil agar tiada air menitis atas kuih nanti.  Sejukkan betul-betul baru dipotong kuih dengan pisau plastik.

2 comments:

  1. waa kat sini ada kuih serimuka..teringin nk wat tp tak confident lgi...takut xjadi..huhuhu

    ReplyDelete
  2. insyaalah menjadi, cubalah jangan takut - cuba sampai menjadi...

    ReplyDelete