NASI MINYAK CMG -
dihidang dengan Kari Ayam & Acar Mentah
NASI MINYAK
sumber resepi : tiffinbiru (CMG), tqvm.
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmati (Moghul) - rendam 20 minit & toskan
1 1/2 cawan susu cair
1/4 cawan minyak jagung
4 tbsp. minyak sapi
4 cawan air
1 biji bawang besar - dihiris halus
2 helai daun pandan - disimpul
3 ulas bawang putih *
4 cm halia * (kedua-dua bahan ini dikisar halus *)
2 tsp. garam halus
secubit gula
Rempah tumis :
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
sedikit pewarna kuning
Cara membuat :
1. Panaskan minyak jagung dan minyak sapi. Tumis rempah tumis kecuali pewarna dan bawang besar hiris hingga harum dan bawang sedikit layu. Masukkan bahan kisar dan daun pandan. Tuangkan air dan biarkan mendidih.
2. Masukkan susu cair, garam dan secubit gula. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker, masukkan beras, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi hampir kering, buat beberapa lubang dan titikkan pewarna, taburkan kismis dan hirisan daun ketumbar (jika suka). Biarkan nasi betul-betul masak.
4. Gemburkan dengan garpu secara perlahan (agar nasi tidak patah), sekadar bergaul mesra. Taburkan dengan bawang goreng, hirisan daun sup, daun bawang, gajus goreng dan kacang pis (jika suka).
Nota : Nasi ini mudah disediakan dan sangat enak.
No comments:
Post a Comment