KEK PISANG

Tuesday, February 24, 2015

KASWI KELADI










KASWI KELADI
sumber dari  :  yatiememories; thanks...
tried by  :   zaralovebaking; sedap & lembut... (18 biji)




Bahan-bahan :

      1  cawan   tepung gandum
      1  cawan   tepung ubi
      1  cawan   keladi lecek  (setelah direbus)
2 1/2  cawan   santan
   3/4  cawan   gula pasir
   1/2  sudu teh  garam
   1/2  sudu teh  air kapur
Sedikit pewarna ungu jika suka
Secawan kelapa parut putih + secubit garam untuk disalut pada kuih


Cara Penyediaan :

1.  Mula-mula panaskan pengukus dulu.
2.  Campurkan sebati kesemua bahan kecuali kelapa parut putih ke dalam pengisar dan kisarkan semuanya.
3.  Sapukan sedikit minyak pada loyang dan selepas itu masukkan adunan ke dalamnya.
4.  Kukus selama 25-30 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
5.  Bila dah masak, sejukkan dahulu, biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong & digolekkan di dalam kelapa.  (Untuk acuan kecil-kecil :   masa mengkukus 20 minit saja dengan api sederhana).

2 comments:

  1. kak ruby belum pernah wat lg ni zara......

    ReplyDelete
  2. cubalah buat Ruby..sedap, satu kelainan pula!!

    ReplyDelete