KEK PISANG

Friday, November 16, 2018

AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS...








AYAM GORENG CILI HALIA 
MASAM MANIS
sumber :    Insta@resepisedap...




Bahan-Bahan :

1/4  ekor  ayam  ~  dipotong, lumur garam kunyit & goreng, ketepikan
3  biji  bawang merah  ~  sederhana besar
2  biji  bawang putih
1  inci  halia
1/2  inci  belacan
4  biji  lada merah
6  biji  cili padi
1 atau 2  keping  asam gelugor
1  sudu kecil  sos tiram
1  sudu kecil  cuka masakan
1  sudu kecil  sos ikan
1  batang  serai  ~  titik
Hirisan bawang besar secukupnya  ~  anggaran 1 biji sederhana besar
Minyak masak untuk menggoreng & menumis
Garam, gula/gula merah  (jika suka)


Cara Memasak :

Kupas dan kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, lada merah dan belacan.
(Jangan lumat sangat).
Masukkan ke dalam minyak yang dipanaskan (api sederhana), goreng/tumis sehingga naik bau dan masukkan sedikit air supaya tidak kering sangat sambil masukkan garam, kacau sekejap dan masukkan gula 1/2 sudu kecil sahaja dan sedikit gula merah. 
Masukkan sos ikan, sos tiram, asam gelugor, cuka masakan dan serai yang dititik tadi.
Goreng/tumis sampai naik bau, kalau kering sangat letakkan air sedikit mengikut keadaan.
Masukkan ayam yang digoreng tadi dengan hirisan bawang besar, gaul sehingga bawang layu dan tutup api.  Sedia dihidangkan...





No comments:

Post a Comment